Tuesday 31 December 2013

Laman Utama


Salam dan selamat sejahtera buat semua pengunjung blog Peminat Bas Malaysia.Terlebih dahulu saya ingin bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNya,saya masih hidup hingga ke saat ini dan dapat menjalankan aktiviti seharian.Tanpa izinNya juga,tidak mungkin saya dapat menyiapkan dan mengemaskini blog ini seadanya.

Dikesempatan ini saya ingin memperkenalkan diri saya agar anda lebih mengenali saya.Nama saya ialah Hairu Hazlan Bin Harun.Saya dilahirkan pada 27 Oktober 1984 di Kg Padang Luas,Jerteh,Terengganu.Saya dibesarkan dengan menggunakan pengangkutan bas awam sejak dari kecil lagi.Oleh sebab itu saya sangat meminati bas sejak dari kecil,cuma mungkin masa kecil saya hanya suka naik bas sahaja.Tetapi kini,saya sangat meminati mengambil gambar-gambar bas dan mengumpulkan gambar tersebut.

Saya sering ditanya mengapa saya mengambil gambar bas oleh kebanyakan pemandu bas.Saya pun menjawab bahawa saya meminati bas.Kebanyakan mereka akan ketawa dek kerana jawapan saya itu.Tetapi bila saya bercerita serba sedikit pengetahuan saya mengenai bas,mereka mulai faham dan berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka mengenai bas.

Semasa mengambil gambar bas ini juga,banyak dugaan yang perlu saya hadapi.Antaranya ialah saya pernah dimarahi oleh pemandu bas.Ini kerana pemandu tersebut berfikir yang saya ialah wartawan ataupun pegawai JPJ.Tapi selepas saya menjelaskan tujuan sebenar saya,pemandu tersebut mulai faham.Saya juga pernah diperli oleh orang-orang sekeliling semasa saya mengambil bas.Mereka mungkin merasakan saya ini agak pelik tetapi saya tidak mengambil kisah dengan mereka.Apa yang penting bagi saya ialah kepuasan apabila dapat mengambil gambar-gambar bas.

Disini saya ingin mengingatkan kepada anda semua supaya tidak menggunakan gambar-gambar bas yang saya ambil untuk tujuan memburuk-burukkan atau menjatuhkan maruah orang lain.Tujuan saya membuat blog ini hanyalah sekadar ingin berkongsi minat dengan anda semua.

Akhir kata,saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua kerana sudi mengunjungi blog ini.Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pemandu dan pihak pengurusan kerana membenarkan saya mengambil gambar-gambar bas anda untuk dimuatkan disini.

Sekian,Terima Kasih